01 March, 2012

║ 21 @ 22 wEeKs ║

Salam & hye lovelis!

Sekejap sungguh mase berlalu,,,
Now, its March already,,,
Perkembangan diri?
As usual cume kekerapan kencing makin terjadi,,,
Bile kt office yg paling xlarat sb toilet agak jauh! :-(
Keinginan utk makan juge menjadik²,,,
Last check up, gain weight about 2kilos,,,
Means now my weight is 47kgs,,,
Harap coming check up maintance la sb xmo minum air gule tuh!
Baby skng da 21 @ 22 minggu,,,

Antara perkembangan baby skng : 
 
Berat bayi sekarang sekitar tiga-suku paun / 360 gram. Selama ini dia diukur dari mercu kepala hingga ke punggung tetapi mula dari masa ini dia akan diukur dari mercu kepala ke tumit. Dan dari mercu kepala ke tumit panjangnya ialah 10.5 inci / 27 sentimeter. Bulu kening dan kelopak mata telah tumbuh sepenuhnya dan kuku jari tangan sudah menutupi hujung jari. 
 Bayi anda sekarang boleh mendengar perbualan-perbualan anda. Jika anda bercakap, membaca atau menyanyi kepada bayi anda, dia pasti boleh mendengarnya. Beberapa kajian mendapati bahawa bayi baru lahir akan menghisap dengan lebih kuat apabila anda membacakan buku yang dia pernah dengar semasa dalam kandungan. Jika anda mahu mencuba, ambillah buku dan bacalah dengan kuat. Cuma pastikan yang anda tidak akan keberatan membacanya berulang-kali apabila bayi telah lahir. Ia mungkin akan menjadi cerita sebelum tidur yang paling disukai bayi anda untuk masa yang lama selepas dia dilahirkan.

Hari-hari kebelakangan ini, anda mungkin merasa lebih selesa. Ini sebenarnya, mungkin masa yang paling menyeronokkan dalam tempoh kehamilan anda. Anda belum begitu besar lagi, dan sakit-sakit yang dikaitkan dengan kehamilan seperti mual(mmg x rase since early pregnant,,Alhamdulillah), kencing kerap (ni makin kerap utk i) dan keletihan(maybe kot) sudah hampir hilang sama sekali. Relakslah dan nikmatinya selagi anda boleh. Trimester ketiga akan tiba tak lama lagi dan ia akan membawa sedikit ketidakselesaan kerana anda mengandung bayi yang sudah hampir cukup bulan.

Source : Baby Centre

No comments:

Post a Comment