10 January, 2011

║ mY dReAmS wEdDiNg CoNtEsT ║

MY DREAMS WEDDING


Seperti cili, semakin MERAH semakin MENAWAN!
Majlis yang sempurna di mata semua hadirin.  Menyaksikan jalinan kasih termeterai antara dua hati *mempelai*.

Begitu tersusun perjalanan majlis biarpun hanya di rumah

mahupun dewan ataupun hotel atau pun di taman idaman.

Mempunyai emcee yang kemas susunan bicaranya.   
Dayang²/ bridemaids berseri dengan buah tangan para tetamu sebagai tanda terima kasih atas kehadiran.   


Orang kuat majlis, Wedding Planner yang faham kehendak Raja & Ratu Sehari.
Dengan persalinan Raja & Ratu Sehari dihiasi Swaroski & kristal memukau para hadirin. *silau Swaroski menyinari majlis*
Bermula dengan kehadiran tetamu – dayang² mempersilakan mereka ke tempat jamuan yg tersedia bermacam juadah menyelerakan.*nyumnyum*


Diteruskan dengan paluan kompang mengalu²kan ketibaan Raja & Ratu Sehari!
Diringi langkah sopan, doa utuhnya rumahtangga yang dibina, renjisan air mawar bagi keharuman kehidupan baru, Raja & Ratu Sehari  tersenyum di singgahsana yang dihias cantik dan meriah bak singgahsana Sang Puteri & Putera Raja.

Dengan alunan love song pelbagai versi, tetamu "asyik" menjamah juadah & melirik pada Raja & Ratu Sehari

Seperti cili, semakin LICIN KULIT semakin MENDAPAT PERHATIAN!
Majlis diteruskan dengan pesanan & nasihat ibu bapa kedua² pengantin agar keharmonian fasa baru ditempuh sebaik mungkin.  
 *Lagikan lidah pun tergigit, apatah lagi suami isteri*.  
 Pemberian cenderahati kepada mereka (ibu bapa mempelai) ikhlas dari Raja & Ratu Sehari diselitkan.   
Biarpun kecil nilai pemberian, tanda kasih sayang & terima kasih tak terhingga kerana telah melahir, mengasuh, membesar & mendidik dengan begitu sempurna sekali.

Seperti cili, walaupun HIJAU, tetap BERAPI!
Tetamu diundang dari pelbagai peringkat. 
Teman dari sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti hinggalah teman sepejabat.  
 Dari xkenal apa itu ABC 123 hinggalah kenal segala macam formula matematik, kimia dan segala ilmu.  
 Pemberi ilmu – cikgu & pensyarah termasuklah cikgu disiplin yang xpernah jemu menegur kesilapan mempelai sepanjang sesi persekolahan dulu².
Tidak lupa juga bos² yang banyak berjasa. 
Menyingkap kenangan lama amat indah.  
 Memori diteruskan dengan hasil kerja tangan jurufoto handal.  
 Kamera kaum keluarga juga tidak dilupakan sama sekali.   
Biarpun hanya kamera digital atau kamera telefon, ia sangat berguna.  *PERCAYALAH* Mungkin ada scene² yang terlepas pandang oleh jurufoto terlatih.   
Inilah masanya menayangkan tangkapan mereka.
Sebagai appreciate atas kesudian hadir ke majlis Raja & Ratu Sehari,  
pemberian sebegini memberi impak kepada mereka.


Dan impak kepada Raja &  Ratu Sehari.

 Jelas ternyata, setiap bakal Raja & Ratu Sehari pasti ade mahukan sesuatu yang auwwwmmm utk majlis mereka, kan?
Jadi, silalah pergi ke link mereka utk leboh auwwwmmmm & jgn lupe VOTE utk saya!hi²...





No comments:

Post a Comment